T erus HANGAT pada tahun 2009..
Inovasi Terkini untuk Industri Perkahwinan Melayu.


Jimatkan masa & wang anda sewaktu membuat persiapan
majlis perkahwinan
--
dengan hanya mengikuti...

10 langkah
perancangan yang BIJAK dan terbukti sangat PRAKTIKAL
!”

 

Saya akan tunjukkan BAGAIMANA cara menjimatkan masa, mengurangkan stress dan membuat keputusan yang lebih baik untuk Majlis Perkahwinan Impian anda.

 

Jika ANDA..
Sangat sibuk sehingga tiada masa untuk membuat perancangan perkahwinan.

Jika ANDA..
Tiada pengalaman menganjurkan majlis-majlis besar.

Jika ANDA..
Tahu ada banyak perkara yang perlu dilakukan. Tapi, anda tidak tahu yang mana satu hendak dimulakan dahulu.

Jika ANDA..
Perlukan lebih banyak idea-idea menarik yang dapat menghasilkan majlis yang LEBIH “happening”!

Jika ANDA..
Perlukan sebuah buku yang mengandungi SEMUA panduan dan tip untuk merancang majlis perkahwinan.

dan jika..
Jawapan anda adalah YA!, anda sudah pun mempunyai sebab yang KUKUH mengapa anda PERLU membaca perenggan seterusnya.

 

Daripada:  Amalia Ruslan
Penulis Buku Majlis Perkahwinan Impian



Jelas sekali, majlis perkahwinan merupakan antara hari yang paling penting dalam hidup anda. Merancang impian seharusnya pengalaman menyeronokkan, mengembirakan, dan PALING penting, TIADA stress! Tetapi, realitinya jauh berbeza… anda akan rasa tertekan dengan 1001 perkara-perkara kecil yang SANGAT memeningkan semasa membuat perancangan ini.

 

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pasangan pengantin telah melakukan pelbagai kesilapan sewaktu merancang majlis. Mereka terlupa perkara-perkara kecil, membuat keputusan yang salah dan banyak perkara tidak diuruskan dengan baik.

 

Saya pasti, anda tentu tidak mahu dimalukan di hadapan semua tetamu semasa majlis PALING bersejarah dalam hidup anda. Lebih malang lagi, anda akan menyesali peristiwa tersebut seumur hidup. Nauzubillah…!!

 

Tidakkah anda mahu melakukan APA SAHAJA untuk menghasilkan impresi yang terbaik kepada para tetamu? Sekaligus, memastikan semua perkara berjalan lancar dan diuruskan dengan sempurna?

 

Jawapan anda, semestinya YA!

 

Oleh kerana mahu mendapatkan hasil kerja yang TERBAIK, anda akan pergi mencari pelbagai jenis tips di merata-rata tempat. Anda akan cari…bagaimana nak merancang bajet, bagaimana nak pilih jurufoto, apa senarai kerja yang harus dibuat dan macam-macam lagi.

 

Namun, tidak semua sumber panduan boleh diperoleh secara percuma. Dan yang lebih penting, anda tidak akan menemui semua maklumat daripada SATU sumber sahaja. Anda perlukan BAaaaNYAK sumber.


Lihat berapa banyak harga dan masa yang perlu anda peruntukkan untuk mendapatkan kesemua tips ini..

 

Ini baru 1 bulan, sekurang-kurangnya anda perlu melakukan perkara yang sama selama 3 bulan. Mmm..cuba kita kira berapa pula kos untuk 3 bulan:

JUMLAH WANG: RM 119.50 X 3 bulan = RM 358.50
MASA
             : 16 j 30 m x 3 bulan   = 49 jam 30 minit

 

Anda tahu apakah maksud angka-angka di atas?

Maksudnya…

Cuba bayangkan, jika anda tidak perlu mencari tips dan panduan di merata-rata tempat:

Dengan wang RM 358.50, anda sudah pun dapat mencetak 800 kad jemputan atau mendapatkan 1- 2 pasang baju pengantin..

Dan dalam masa 49 jam 30 minit, anda telah pun dapat menyiapkan cenderahati 1000 orang tetamu atau membuat rawatan muka dan badan sebanyak 12 kali..
 

Jadi kesimpulannya..
 

Adakah semua “pelaburan” di atas berbaloi ?

Mungkin anda akan jawab begini:

“Mmm..memang lah tak berbaloi. Tapi, mana saya ada pilihan lain…Melainkan kalau saya upah wedding planner. Tak perlulah saya susah-susah cari panduan lagi.. Hmm, tapi mesti kosnya lagi mahal, kan? Kalau macam tu, lagi lah saya tak mampu!
..Jadi, APA yang perlu saya lakukan??

 

Anda nak dengar JAWAPAN saya?

“Mudah sahaja….JIMATKAN MASA dan WANG anda! Tak perlu susah-susah lagi, sekarang semuanya sudah ada dalam 1 BUKU!
 

Memperkenalkan, e-book yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia dan WAJIB dimiliki oleh semua pengantin Melayu.

 

Majlis Perkahwinan Impian

 

“Buku yang hebat dan mudah digunakan! DIJAMIN dapat membantu anda untuk menjimatkan masa, mengurangkan stress dan membuat keputusan yang lebih baik semasa merancang Majlis Perkahwinan Impian anda.”

Percayalah, saya benar-benar memahami apa yang anda sedang lalui kerana saya sendiri pernah melaluinya! Saya TIDAK MAHU anda menghadapi masalah untuk mendapatkan SEMUA maklumat ini. Oleh sebab itu, terlahirlah buku ini supaya saya boleh berkongsi dengan anda bukan sahaja tips, malah satu strategi perancangan yang BIJAK. Dan saya yakin strategi ini akan membantu beribu-ribu pasangan (seperti anda) merealisasikan Majlis Perkahwinan Impian.

Baiklah, bercerita tentang buku ini, secara umumnya ia menghuraikan 10 langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk merancang majlis perkahwinan. Bermula daripada membuat lakaran asas seperti memilih tarikh, lokasi, tema dsb. Diikuti dengan langkah-langkah membuat persiapan majlis perkahwinan dengan terurus. Sehinggalah persediaan untuk hari sebenar majlis berlangsung dan perkara-perkara yang tidak boleh ditinggalkan selepas majlis. Pendek kata, daripada A sampai Z lah! Dan yang paling penting, ia disediakan mengikut turutan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, HANYA baca buku ini (selama 1 jam sahaja atau boleh jadi, kurang dari itu). Kemudian, mula bertindak dan membuat persiapan majlis mengikut turutan langkah-langkah yang telah dipelajari daripada buku ini.

Mudah, bukan? Tidaklah anda terpinga-pinga, "eh, apa lagi yang belum aku buat?""(sambil garu-garu kepala)..nak buat yang mana satu dulu, ek?" atau "Alamak! nak buat macam mana, ek?" (berapa banyak "ek" daaa...)

Tidak..tidak...Dengan bantuan buku ini, perkara tersebut tidak akan terjadi pada anda. Walaupun anda akan berhadapan dengan timbunan kerja yang TERbanyak dalam hidup anda, buku ini pasti akan meMUDAHkan anda serta membuatkan anda kelihatan cool dan ceria sepanjang masa
;-)
 

Perbezaan Di Antara Isi Kandungan Buku Ini Dengan Bahan Rujukan Yang Lain.




Setelah membaca semua manfaat yang bakal anda perolehi dari buku ini...Mungkin anda masih tertanya-tanya, adakah strategi buku ini sesuai untuk anda? Jawapannya mudah, kesemua panduan dalam buku ini sangat PRAKTIKAL dan boleh dilakukan sendiri. Saya sendiri telah mencuba langkah-langkah ini dalam majlis perkahwinan kami dan terbukti STRATEGI ini memang BERKESAN! Bukan saya sahaja, malah orang lain juga turut mencubanya. Lihat testimoni..

Disebabkan itulah, saya benar-benar teruja untuk berkongsi dengan anda --panduan merancang dan mengurus majlis-- yang sangat ISTIMEWA ini. Saya percaya semua orang boleh mengaplikasikan panduan dalam buku ini, tanpa mengira berapa pun bajet yang diperuntukkan untuk majlis perkahwinan anda.

Anda mahu tahu, mengapa saya katakan begitu? Ini kerana, saya menulis dari perspektif orang biasa yang pernah melaluinya (bukan artis atau orang yang menjalankan bisnes pengantin). Saya tahu batasan kemampuan saya, tetapi dalam masa yang sama..saya tetap mahukan yang TERBAIK. Anda juga begitu, bukan?

Prinsip yang sering saya tekankan dalam buku ini, "SEMUA orang BOLEH merealisasikan majlis perkahwinan yang diimpikan".
Jadi.. ANDA lah orangnya!

TUNGGU!
Sebelum anda meneruskan pembacaan, saya ingin memberi peluang kepada anda untuk membaca bab 1 dan 2 eBook ini. Bagi mendapatkan preview ini, hanya isikan borang di bawah:
Nama Panggilan:
Email:
Segala maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.
 


 
 Anda boleh lihat sendiri kandungan
e-book ini...

 

 

Panduan ditulis mengikut langkah demi langkah (supaya gerak kerja anda lebih teratur dan terurus).
 

Turut diselitkan artikel-artikel daripada pakar dalam bidang perkahwinan.
 

Mempunyai hyperlink ke mukasurat yang berkaitan.

 

 

Menerangkan setiap langkah secara terperinci.
 

Bahan untuk membuat perancangan sendiri turut disediakan (bersama-sama dengan screenshot cara menggunakannya).
 

Tulisan yang kemas dan tersusun.


 

 

Diselangselikan dengan ayat dalam bentuk point atau berjadual.
 

Menggunakan ayat perbualan yang bersahaja dan mudah difahami.
 

Dan yang pasti, bahan bacaan yang mempunyai 106 mukasurat ini tidak akan membosankan anda.

 


 

Apakah yang akan anda perolehi LAGI daripada
e-book ini?

 2 perkara PENTING yang perlu anda tetapkan (tetapi sering dilupakan)
       sebelum memilih tarikh, lokasi dan tema majlis.

  7 tip bagaimana memilih tarikh dan hari yang TEPAT.

  15 perkara yang harus diambil berat sewaktu memilih lokasi majlis.

  3 cara menyediakan senarai semak keperluan perkahwinan yang
       praktikal.

  9 perkara yang WAJIB diketahui tentang prosedur perkahwinan di
       Malaysia.

  Bagaimana anda boleh menguruskan bajet dengan fleksibel.

  28 tip memilih jurugambar, katerer, kek, jurugambar dan juruvideo
       dengan tepat.

 

Anda masih mencari sesuatu yang "lain"?

Di bawah ini, ada banyak lagi hadiah istimewa yang UNIK untuk anda...

  4 idea bagaimana anda boleh mengelakkan diri daripada menderita
         selepas kahwin
kerana dibebani hutang majlis perkahwinan.

  Lebih daripada 10 idea-idea menarik bagaimana untuk menukarkan
         majlis
yang pada asalnya sederhana sahaja, tetapi dengan sedikit  
       sentuhan - boleh jadi LEBIH "happening".

  5 tip hebat yang dapat memudahkan pembantu anda menjalankan
       tugas dengan EFEKTIF.

  1 BONUS panduan untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa
         
untuk membuat persiapan.

  Mempunyai hyperlink ke laman-laman web yang mempunyai informasi
        perkahwinan.

  5 cara BAGAIMANA untuk memastikan anda tidak akan terlepas
        pandang walau perkara kecil sekali pun.
      

  1 amalan khas yang boleh dilakukan supaya semua perkara berjalan   
       dengan lancar di hari majlis perkahwinan.

  10 perkara PENTING yang selalu dilupakan selepas majlis berakhir.

  (Ketahui rahsia yang jarang dipraktikkan oleh pengantin Melayu)..Apakah
         STRATEGI
saya bagi memastikan majlis anda kelihatan MERIAH dan dapat
         memberikan IMPAK MAKSIMA kepada para tetamu meskipun dengan
         bajet yang sederhana.

dan ada banyak lagi...isi kandungan yang tidak akan anda temui dalam buku-buku lain.

 

Sepintas lalu mengenai penulis
e-book Majlis Perkahwinan Impian

 


Amalia Ruslan telah dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Sultan Alam Syah, Selangor. Melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan pendidikan (Pengajian Islam).

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama. Selain cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga turut bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Berpengalaman dalam menguruskan kelab dan persatuan. Pernah mengendalikan pelbagai jenis majlis berprotokol serta menganjurkan pelbagai khidmat pendidikan dan masyarakat di peringkat universiti.

Antara anugerah yang pernah diperoleh ialah, Anugerah Dekan (2000-2004), Anugerah Canselor (2004) dan Anugerah Piala Emas Wanita UMNO (2004). Artikel mengenai kejayaan beliau pernah disiarkan di Utusan Malaysia yang bertajuk “Resipi Kejayaan Amalia - Jaga hubungan dengan Allah”
(18 Nov 2004).


Tatkala ini, beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Ia sesuai dengan tanggungjawab yang sedang dipikul iaitu sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang cahayamata. Sangat meminati bidang perundingan perkahwinan dan ingin berkongsi pengalaman menguruskan acara-acara keramaian seperti majlis perkahwinan.

 

 

Bagaimana e-book ini dapat meringankan
beban anda?

 

Masa terus berjalan!  Sekarang adalah masa yang tepat untuk menjadikan gerak kerja anda semakin terurus sebelum ianya terlewat. Jangan biarkan timbunan perkara-perkara kecil menambahkan lagi keresahan anda. Masa anda adalah wang! Jimatkan masa anda dengan buku ini dan ia akan menjimatkan wang andadijamin.

Buat keputusan yang bijak bermula hari ini!

Majlis Perkahwinan Impian akan membantu anda untuk membuat keputusan yang penting secara OBJEKTIF. Ia menolong anda memilih syarikat perkhidmatan perkahwinan yang terbaik dengan merekodkan semua maklumat terperinci daripada semua perkhidmatan (seperti jurufoto, juruvideo, juruandam dan sebagainya).

Dengan membandingkan perkara-perkara kecil antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, (dengan mudahnya..) anda akan dapat menjauhi kesilapan seperti memilih mereka yang salah (dan boleh jadi, lebih mahal).

Seperkara lagi, anda mungkin akan meminta bantuan daripada orang lain (yang saya gelarkan sebagai pembantu) untuk meringankan beban kerja anda.
Namun begitu, anda perlu ingat. Jika pembantu / syarikat perkhidmatan perkahwinan "ter"buat sedikit sahaja kesilapan (yang mungkin berpunca daripada kelalaian anda), kesalahan yang sedikit ini mungkin boleh memberi kesan negatif yang BESAR kepada majlis anda.

Saya sarankan, dapatkanlah ilmu menguruskan pembantu sebelum anda bekerjasama dengan mereka, supaya "sebarang kecelakaan" boleh dihindari.
Di dalam buku ini, ada ditunjukkan cara-cara mengurus pembantu dan syarikat perkhidmatan pengantin. Pengurusan yang baik akan memudahkan  mereka menjalankan tugas dengan efektif. Sebab itulah, anda mesti memiliki buku ini.
 


Apa?? Anda tidak perlukan buku ini kerana 100% urusan majlis perkahwinan telah diserahkan kepada ibubapa?


Fikirkan sejenak..Tidak cukupkah kesusahan yang telah mereka lalui sepanjang membesarkan kita? Berhenti membebankan mereka! ini adalah majlis anda..Mungkin SEKALI sahaja seumur hidup. Ambillah satu-satunya peluang ini untuk menggembirakan dan meraikan kedua orang tua yang telah banyak berjasa kepada kita. Berilah mereka sedikit masa untuk berehat sebelum majlis, kerana mereka akan keletihan melayan tetamu sepanjang hari majlis nanti.

Jika anda masih ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk menganjurkan majlis, dapatkan buku ini HARI INI.
Sekali lagi saya ulangi, buku ini bukan sahaja memberikan anda panduan merancang--malah ia turut membantu anda untuk merekodkan maklumat dan mengatur semua kerja anda. Termasuk cara mengagihkan tugas dengan sebaik mungkin.
Buatkan semua ahli keluarga dan tetamu berasa gembira menghadiri majlis perkahwinan anda (meskipun inilah kali pertama anda menguruskan majlis seBESAR ini).

Renungilah kata-kata di bawah,
 
“Siapa yang hanya membuat rancangan adalah orang yang bermimpi, siapa yang hanya bekerja adalah hamba pekerjaan. Tetapi, sesiapa yang bekerja menurut rancangan itulah yang akan memperoleh kemenangan
 

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Anda pasti boleh menjadi salah seorang yang mencapai kemenangan kerana, BERJAYA merealisasikan majlis impian. Ia hanya akan berlaku sekiranya anda membuat setiap tindakan berdasarkan perancangan yang bijak. Apa tunggu lagi, dapatkan buku ini untuk membantu anda sekarang! Anda pasti tidak rugi..
 

 

Mari kita lihat, apa pula kata mereka tentang e-book ini?
 
 
Terima kasih kerana membantu saya
merealisasikan Majlis Impian!

"Assalamualaikum..

Saya telah membaca buku Majlis Perkahwinan Impian. Pada mulanya saya tertanya-tanya apa istimewanya buku ini. Saya mula membaca helaian demi helaian dan akhirnya saya yakin buku ini dapat memberi panduan lengkap kepada saya dalam merealisasikan majlis perkahwinan impian saya.

Benar seperti yang selalu saya dengar, semua bakal raja sehari mengimpikan sebuah majlis yang sempurna dan berjalan lancar. Namun kadangkala mereka merasa seperti kehilangan punca apabila tiada panduan dan perancangan yang mampu dijadikan rujukan.

Lebih-lebih lagi apabila majlis tersebut merupakan majlis yang pertama dalam sesebuah keluarga.
Keadaan yang serupa dihadapi oleh saya memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Saya bertuah kerana telah dipertemukan dengan buku ini tepat pada masanya.

Buku ini bukan sekadar membantu saya merancang dengan baik, malah dapat memberi saya beberapa idea bernas untuk menjadikan majlis impian saya suatu realiti. Saya yakin perancangan yang dibuat dengan teratur dan bukan "tangkap muat" mampu mencipta kenangan yang terindah dalam hidup saya. InsyaALLAH."
 


Nur Fauzana Abd Rahman
- Pelajar Sarjana, UTM, Skudai -
 


Buku yang mesti dimiliki oleh bakal raja sehari !

"Saya pernah terbaca beberapa tip untuk mengendalikan majlis  perkahwinan supaya lebih teratur dalam beberapa majalah tempatan. Namun, saya tak pernah terfikir, akan ada suatu buku yang benar-benar menepati kehendak bakal-bakal raja sehari bagi merancang dan melaksanakan majlis yang paling bersejarah dalam hidup mereka. Pendekatan yang bersahaja, padat dan menarik pada buku ini membuatkan saya amat teruja untuk memilikinya.

Walaupun saya telah mengakhiri zaman bujang saya sebelum tertulisnya buku hebat nukilan Amalia Ruslan ini, bagi saya tidak rugi jika buku ini dikongsi bersama saudara-mara dan sahabat-sahabat yang di ambang alam perkahwinan mereka. Semoga buku ini dapat  memberi serba sedikit idea kepada bakal-bakal pengantin yang amat memerlukan saranan idea yang bernas dalam mengendalikan majlis perkahwinan yang mereka impikan, InsyaAllah..."



Nurun Najwa Ramli
- Guru, Kangar -
 

"Saya belum pernah menemui buku seumpamanya di pasaran. Satu keistimewaan yang saya dapati daripada buku ini, ia mempunyai panduan LENGKAP  yang  dapat membantu individu yang ingin merancang majlis perkahwinan agar berjalan dengan lancar.. dari mula persiapan dibuat sehinggalah ke akhir majlis dilangsungkan.

Ia amat sesuai pada semua golongan khususnya bagi golongan muda yang belum berpengalaman dan para ibu bapa yang ingin  menguruskan majlis perkahwinan anak-anak mereka, kerana segala perancangan majlis tersimpan di dalam buku ini.

Bagi pembaca yang bijak, mereka akan memilih sebuah majlis yang diberkati Allah kerana itulah tujuan sebenar majlis perkahwinan diadakan. Menurut saya, itu jugalah yang lebih diutamakan oleh penulis sendiri. Wassalam.”
 


Nur Aizat
- Pelajar, Shah Alam -

 


BERITA BAIK!!..Jika anda membuat tempahan sebelum tengah malam ini, anda akan menerima 3 bonus bernilai RM90 secara PERCUMA!

 


BONUS #1

BUKU GERAK KERJA
(Nilai Sebenar: RM 35)

Perancangan majlis perkahwinan anda akan jadi lebih mudah dan teratur! Saya dengan berbesar hati ingin menghadiahkan anda Buku Gerak Kerja yang sangat istimewa ini.

Selepas anda mempelajari teknik-teknik yang telah ditunjukkan oleh Buku Majlis Perkahwinan Impian, anda boleh terus merangka dan merekodkan perancangan anda sendiri ke dalam Buku Gerak Kerja ini.

Apabila anda perlukan sebarang informasi, cuma semak muka surat buku ini mengikut nombor yang diberi. Anda akan terus dapat maklumat yang dikehendaki bersama-sama dengan semua maklumat yang berkaitan dengannya.

Lebih menarik lagi, anda boleh cetak buku ini dan dapatkan semua maklumat yang diperlukan dengan mudah. Anda pasti tidak akan menemui Buku Gerak Kerja selengkap ini di mana-mana tempat lain.
 

 

 

 

 

    


BONUS #2

PENGURUS BAJET

(Nilai Sebenar: RM 30)

Mengatur bajet boleh menjadi satu perkara yang sangat memeningkan. Namun dengan Pengurus Bajet yang telah direka khas untuk pengantin Melayu, anda akan dapat menganalisa pendapatan dan perbelanjaan perkahwinan secara OTOMATIK!

Sangat mudah dan ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja meskipun kurang pengetahuan IT. Anda tidak akan percaya yang kerja menguruskan akaun belanjawan bukan lagi satu perkara yang merumitkan. Malah, SANGAT menyenangkan!


 


BONUS #3

PENGURUS TETAMU
(Nilai Sebenar: RM 25)

Dengan adanya pengurus tetamu ini, anda tidak perlu buang masa untuk mengira berapa orang tetamu anda, tetamu ibubapa dan adik beradik anda. Kerana anda akan memperoleh jumlah tetamu yang dijangka hadir kurang daripada 1 saat!

Anda juga akan dapat mengesan jika ada nama jemputan yang berulang, dan anda boleh terus cetak nama dan alamat mereka untuk diletakkan di atas sampul kad jemputan.

Nampaknya, banyak masa anda akan dijimatkan!Tidak akan ada lagi istilah “tak cukup masa” atau “stress” dalam kamus perkahwinan anda. Semuanya gerenti beres!

 

 

 

 

 

 

Jaminan Wang Dikembalikan selama
90 hari!

OK..Sila tumpukan perhatian..

Apa yang saya minta daripada anda ialah, baca panduan dalam buku ini, gunakan semua bonus yang telah saya beri untuk membuat perancangan anda sendiri -- dan jika anda merasakan yang ia tidak membantu anda untuk membuat perancangan perkahwinan dalam masa 90 hari, emel pada saya – dan saya akan pulangkan wang anda .

Jika ia tidak membantu anda, saya tidak mahu wang anda. Mudah, kan. Samada buku ini akan membantu anda atau anda akan dapat duit kembali! Sekali lagi, semua risiko terletak kepada saya. Dan anda dijamin 100% tidak akan rugi apa-apa.

 

 BERITA MENGGEMPARKAN!!

" Ini adalah berita yang sukar dipercayai, tetapi ianya BENAR"
Ambil peluang ke atas tawaran HEBAT ini sebelum ia berakhir !!

 

Jadilah salah seorang pengantin Melayu yang berjaya menganjurkan Majlis Perkahwinan yang menjadi impian semua bakal pengantin dengan mengikuti hanya 10 langkah perancangan yang sangat bijak.. pada harga RM69 RM49 RM39 SAHAJA !

 Dapatkan Majlis Perkahwinan Impian anda dengan SEGERA!!

 

Klik di sini untuk tempahan

 

Beberapa ujian telah dijalankan sebelum produk ini dilancarkan, dan ia telah berjaya dijual pada harga RM 69.. akan tetapi, jika anda bertindak sekarang, ANDA boleh menuntut Pakej Majlis Perkahwinan Impian termasuk semua bonus SEKARANG JUGA pada harga RM69 RM49 RM39 sahaja.

Ya, Amalia…


Saya sedar bahawa ini adalah satu-satunya peluang untuk mempunyai gerak kerja yang terurus, tanpa sebarang stress dan saya ingin mulakan perancangan perkahwinan saya menggunakan buku ini sekarang!

 

Saya sudah penat mendengar kata-kata orang bahawa merancang majlis perkahwinan adalah perkara yang tidak menyeronokkan dan saya ingin tahu cara sebenar yang digunakan oleh sesetengah orang menganjurkan majlis perkahwinan yang meriah.
 

Saya juga sedar buku ini merupakan salah satu item yang paling murah yang akan saya laburkan untuk majlis ini, namun ia merupakan salah satu alat yang PALING berharga untuk menguruskan dan memastikan duit berpuluh-puluh ribu yang susah-payah saya cari digunakan dengan sebaik-baiknya untuk perkahwinan ini.
 

Saya memang perlukan sebuah buku yang LENGKAP dengan semua panduan merancang majlis perkahwinan. Saya mesti tempah SEKARANG juga sebelum terlambat.
 

 

Klik di sini untuk tempahan

Produk ini disampaikan dalam format muat turun (download). Selepas pembelian dibuat menerusi bank, anda boleh muat turun produk anda dalam tempoh 24 jam.

 

Sekiranya anda ada terfikir sesiapa yang memerlukan produk ini, sila beritahu mereka. Atau anda boleh beritahu pada saya, dan saya sendiri akan menghubungi mereka.

Semoga impian perkahwinan anda menjadi kenyataan,

 
 


P.S
. Ingat..ini adalah harga yang terendah setakat ini…dan masih ada peluang harga ini akan kembali ke RM69 tanpa sebarang amaran. Pengantin-pengantin lain telah mendapatkan informasi ini SEKARANG dan (kecuali jika anda mempunyai pengalaman sebenar mengendalikan majlis perkahwinan), mungkin majlis anda akan ketinggalan berbanding orang-orang lain. – CEPAT!! Jangan ketinggalan – tempah sekarang!

P.P.S Anda akan merancang sebuah majlis yang paling banyak perincian, paling mahal dan paling rumit dalam hidup anda. Lakarkan memori yang boleh berkekalan sepanjang hayat! Pasangan yang bijak akan lakukan apa sahaja yang mereka boleh lakukan untuk memastikan mereka menghasilkan impresi yang TERBAIK dan MENGELAKKAN sebarang kekecewaan daripada majlis perkahwinan tersebut. Dan jika anda membuat tempahan sekarang, saya akan berikan anda pakej yang bernilai lebih RM90.. Klik di sini untuk tempahan

P.P.P.S  Juga diingatkan yang saya menawarkan 90 hari, 100% jaminan wang akan dipulangkan. Sekiranya anda dapat rasakan yang panduan dalam buku ini tidak berguna langsung untuk anda, emel saja kepada saya untuk mendapatkan wang anda kembali. Anda tidak akan rugi apa-apa. Semua risiko terletak ke atas saya. Jadi, download sekarang.

 

Klik di sini untuk tempahan SEKARANG!

 



 

 


Diterbitkan dan diedarkan oleh:

SYARIKAT NADI HEALTHSCENT
NO 21 JALAN 19/16, SEKSYEN 19,
40300 SHAH ALAM, SELANGOR
Tel: 016-7186053 (Amalia) Email: info@majlisimpian.com

2008 Hakcipta Terpelihara MajlisImpian.com